Sup Ayam Berbijan

Ramuan / Bahan

Bahan rebusan

1 ekor Ayam (seeloknya ayam kampung/ayam selasih)
1 sudu besar bijan
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam/lada sulah
setengah sudu teh saffron (koma-koma)
10 ulas bawang merah kecil (sebiji-sebiji)
2 liter air.
Sedikit daun ketumbar/daun saderi
sedikit daun bawang
cili padi dipotong kecil-kecil
2 sudu besar air limau nipis
Garam secukup rasa
sedikit perisa

Bahan Tumis

10 ulas bawang merah kecil (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
2 sudu minyak sapi ghee

Cara-cara

1. Ayam dipotong 12, (dibuang kulitnya)
2. Rebus ayam bersama bijan, halia bawang merah dengan 2 liter air masukkan sekali garam dan perisa. Rebus sampai empuk.
3. Didalam kuali yang lain, tumis bahan tumisan. Bila sudah nampak kuning, terus dimasukkan ke dalam rebusan ayam tadi bersama-sama minyak nya sekali. Renih di atas dapur sekejap. Sedia untuk makan.