Stew Skalop Dengan Cendawan

Ramuan / Bahan

250 gm skalop
150 gm asparagus
10 gm cendawan kering
50 gm pati ayam
200 gm air
½ camca teh garam ¼ camca teh gula
½ camca teh lada sulah
10 gm halia (dihiris)
10 gm lobak merah
2 camca teh tepung jagung

Cara-cara

Celur skalop, asparagus dan cendawan seketika dan ketepikan.

Rebus pati ayam bersama air di dalam periuk.

Masukkan garam, gula, lada sulah, halia, lobak merah dan semua bahan yang dicelur. Kacau rata.

Sebelum diangkat, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.