Sayur Tepung Mak

Ramuan / Bahan

- Bahan untuk ditumis:
a) 2 biji bawang besar (sederhana besar)
b) 3 ulas bawang putih
c) Sedikit ikan bilis
d) 2 biji lada besar (kalau suka pedas tambah lagi mengikut citarasa)

- 1 kiub ayam
- Garam secukup rasa
- ½ tepung gandum
- 2 liter air

Cara-cara

1)Tepung gandum diuli dan dipotong kecil - kecil (leper).
2) Tumiskan bahan - bahan sehingga naik bau.
3) Apabila sudah naik bau masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
4) Setelah mendidih masukkan kiub ayam.
5) Dan masukkan tepung yang telah diuli tadi.
6) Biarkan mendidih dan sehingga beberapa minit agar tepung betul - betul masak.