Pati Cendawan Hutan

Ramuan / Bahan

2 kg daging (dicincang)
250 gm kucai
250 gm lobak merah
200 gm daun saderi
6 butir putih telur
2 liter air 5 liter air rebusan daging
1 kg cendawan hitam
200 gm cendawan butang
150 gm cendawan abalone
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Campurkan daging yang telah dicincang dengan sayur yang turut dicincang halus. Masukkan putih telur dan air dan gaul hingga sebati. Perap selama sejam. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan air rebusan daging. Panaskan hingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Perlahankan api dan biarkan selama 2 jam. Tapis dan masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Untuk hiasan, letakkan cendawan hitam yang dihiris, cendawan butang dan cendawan abalone. Tuangkan sup di dalamnya.