Oxtail Tomyam Paling Mudah

Ramuan / Bahan

1 kg oxtail (ekor lembu)
4 Knorr tomyam cube
4 litre air
2 batang serai dititik
sebuku lengkuas dititik
segenggam lada padi
10 helai daun limau purut
2 sudu makan halia +bawang putih paste
2 biji bawang besar dihiris tipis 2 tangkai daun ketumbar
jus dari 2 biji limau nipis
garam (jika perlu)

Cara-cara

bersihkan lemak2 dari ekor lembu. campurkan semua bahan2 kecuali daun ketumbar dan jus limau. Jerangkan atas api sederhana sehingga ekor lembu empuk. tambahkan jus dan garam jika perlu.

bila nak hidang barulah taburkan daun ketumbar