Ceri Coklat Berbijirin

Ramuan / Bahan

180 gm mentega
120 gm gula halus
1 biji kuning telur
165 gm tepung halus
50 gm tepung jagung
110 gm tepung berserbuk penaik
3 sudu besar bijiran (Nestum atau Oats)
100 gm ceri merah dan hijau Bahan-bahan hiasan:
Coklat masakan (dicairkan)
Coklat putih (dicairkan)

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan kuning telur, putar ia sebentar. Akhir sekali masukkan tepung jagung, tepung berserbuk naik dan bijirin. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bentuk doh bebola sederhana besar. Bubuh ceri merah/hijau sebiji di tengahnya. Susun di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Buat hingga habis doh dan ceri. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Biar ia sejuk. Celup bebola di dalam coklat masakan. Hias dengan garisan putih halus daripada coklat putih.