Sambal Jering

Ramuan / Bahan

15 butir jering dikupas & dihiris
100gm Ikan bilis digoreng
2 ulas bawang besar dihiris
Garam & perasa secukupnya
Sedikit gula
ΒΌ cwn air asam jawa
Minyak untuk menumis


Bahan yang dikisar:
20 butir cili padi
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm ikan bilis dibasuh & rendam

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng jering yang telah dihiris tadi sehingga kekuningan
2. Kurangkan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan masukkan pula air asam jawa.
3. Biarkan bahan yang ditumis tadi agak pekat, baru lah masukkan jering yang telah digoreng terlebih dahulu bersama bawang hiris.
4. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan ikan bilis goreng.