Sambal Ikan Bilis Cili Api

Ramuan / Bahan

1kilo ikan bilis. 30 biji cili api kampong( jika suka pedas. Boleh tambahkan lagi).Lada merah 6 biji. lada hijau 6 biji.Blacan ikut citarasa. 3 biji bawang Besar. 6 ulas bawang merah kecil. 6 ulas bawang putih.Gula ikut rasa.Asam jawa 1 sudu makan( di buat jus ) Garam dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

Ikan Bilis di siat kasar2. Separuh lagi Ikan Bilis di Kisar bersama Blacan,Cili Api Kampong, Lada merah, Lada hijau, Bawang Besar,Bawang Merah Kecil dan Bawang Putih. Panas kan minyak dalam anggaran 11/2 cawan. Tumis bahan kisar tadi bila dah naik bau aromanya, masukkan jus asam jawa,gula garam dan ajinomoto. Masak sampai kering seperti serunding.