Buahan Campuran Berkacang Bercoklat

Ramuan / Bahan

250 gm mentega kacang
185 gm gula halus
185 gm gula perang
125 gm mentega
2 biji telur
1 sudu teh perisa pinang
200 gm tepung halus
35 gm tepung jagung
1 sudu teh soda penaik
100 gm buahan campuran
10 biji ceri merah (dicincang halus) Bahan-bahan hiasan:
150 gm coklat masakan
2 sudu besar minyak jagung

Cara-cara

Putar mentega kacang bersama gula halus, gula perang dan mentega hingga ia kembang. Masukkan telur halus bersama tepung jagung, soda penaik, buahan campuran dan ceri merah. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bentuk doh bebola sederhana besar. Susun di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Tekan permukaan doh dengan garpu. Buat hingga habis doh. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit. Ratakan sedikit bahan hiasan di atasnya. Untuk membuat bahan hiasan, cairkan coklat masakan bersama minyak jagung di dalam periuk tingkat sambil dikacau hingga sebati.