Sambal Belacan Bersama Pucuk Ubi Rebus

Ramuan / Bahan

Bahan A ;
-20-30 batang cili
-1 labu bawang besar
-2 biji bawang putih
-2 inci belacan
-2 biji tomato (belah empat tiap biji)
- minyak masa
-garam
-gula
-perasa Bahan B; (rebus)
Pucuk ubi 2-4 org makan
Garam

Cara-cara

Caranya :
-Panaskan minyak.
-Masukkan belacan dulu.Goreng 5 saat.
-Kemudian masukkan tomato
-Goreng hingga tomato masak sedikit.(jgn sampai hancur)
-Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih.
-terakhir masukkan cili tadi.
-Goreng hingga cili masak.
-Sediakan lesung batu. beserta garam,gula,perasa.
-tumbuk semua bahan goreng tadi. Dan tomato tumbuk akhir sekali.
-Bahan B rebus dan toskan.

Siap di hidang!