Sabahan Hinava Ikan Tenggiri

Ramuan / Bahan

Bahan-bahannya:

½ kg isi ikan tenggiri
3 helai daun bawang dihiris halus
3 helai daun pudina dihiris halus
1 batang tuhau ditumbuk lumat
1 biji bawang besar dihiris halus
4 biji bawang merah dihiris halus
1 inci halia dihiris halus
15 cili api dipotong halus
2 biji lada besar merah dipotong dadu/halus
2 biji lada besar hijau dipotong dadu/halus
½ biji buah bambangan diparut halus
6 biji limau nipis (perahan limau ditapis]
2 sudu makan cuka makan
Garam dan secukup rasa



-


Cara-cara

Isi ikan tenggiri dibersihkan dan dicelur dengan air suam setelah itu dipotong nipis sukatan panjang 3/4 inci, masukkan air limau dan cuka makan hingga sebati, kemudian masukkan parutan biji bambangan, tuhau, halia dan gaul sekejap diikuti masukkan cili padi, bawang besar, bawang merah, lada besar hijau dan merah digaul hingga sebati. Seterusnya masukkan garam dan secukup rasa dan hiaskan dengan daun bawang serta daun pudina.