Pencicah Daging, Ayam dan Ikan Bakar

Ramuan / Bahan

Antara bahan-bahanya ialah :

1. 1 labu bawang besar ( bakar)
2. 3 ulas bawang putih ( bakar )
4. 5 ulas bawang merah ( bakar)
5. sedikit belacan ( bakar)
6. 2 kuntum bunga kantan 7. sedikit garam
8. sedikit gula
9. sedikit cuka dan air limau nipis
10. segenggam cili padi ( tumbuk)

Cara-cara

1. Bakar semua jenis bawang di atas hingga separuh masak.
2. Angkat dan tumbuk semua bahan bakar tadi.
3. Hiris bunga kantan nipis2 dan letakkan dalam mangkuk.
4. kemudian tambah semua bawang bakar yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk bunga kantan hiris tadi. Satukan.
5. Tambah cuka,air limau nipis, garam, gula dan cili padi yang ditumbuk.
6. Gaul hingga sebati. Tambah bahan-bahan secukup rasa sahaja.
7. Sedia untuk dihidang.