Kuah Sambal Satay

Ramuan / Bahan

1 kg kacang tanah (digoreng tanpa minyak dgn api kecil hingga masak)- apabila telah sejuk,kupas separuh kulitnya kemudian blend (hancur @ kasar)
cili boh (RM1)
Minyak makan dlm ½ - 1 gelas
gula
sedikit garam
sedikit air asam jawa Bahan B
Serai 3 btg
Lengkuas ½ inci
halia 1 inci
4 biji bwg merah
(Semua bhn.B diblend hingga lumat)
2 inci kayu manis
3 biji bunga lawang
3-4 biji bunga cengkih

Cara-cara

Kcg tanah yg telah di blend direndam penuh selama 30 minit.
Panaskan peiuk (non stik lagi bagus) dan masukkan minyak makan.Apabila panas, masukkan bhn B bersama rempah ratusnya. Kacau hingga naik bau.
Masukkan cili boh dan sentiasa kacau. Pastikan api tidak terlalu besar.
Apabila telah naik minyak, masukkan kcg tanah yg telah direndam tadi. Jika terlalu pekat, masukkan 1/2 gelas air.
Kacau...jangan sampai hangus. Apabila mula mendidih, masukan sedikit garam (jgn banyak kerana kcg tanah sudah ada perasa masin) dan sedikit air asam jawa (buang bijinya). Jgn terlalu banyak air asam kerana ianya boleh memahitkan rasa kuah kacang kita. Biarkan mendidih lagi sambil dikacau. Setelah itu, masukkan gula (ikut rasa). Dan sentiasa kacau sampai naik minyak.