Bon Bon Pastel

Ramuan / Bahan

170 gm mentega
250 gm gula halus
75 gm keju krim
1 biji telur
½ sudu teh perahan limau oren
1 sudu teh parutan kulit limau oren
250 gm tepung halus
60 gm tepung jagung
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh soda penaik
Cawan kertas kecil secukupnya

Bahan-bahan inti:
(Boleh pilih satu daripada empat bahan berikut atau dicampur mengikut citarasa sendiri):
Kismis
Serpihan coklat
Kacang
Jem Bahan-bahan gula hiasan:
250 gm gula pasir
¼ sudu teh garam
½ sudu teh esen oren
1-2 sudu besar air suam
Sedikit pewarna merah jambu, hijau muda dan kuning air

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus dan keju krim hingga ia kembang. Masukkan telur bersama perahan limau oren dan kulit limau oren. Putar sebentar hingga ia sebati. Masukkan tepung halus bersama tepung jagung, serbuk penaik, garam dan soda penaik. Uli hingga ia sebati dan menjadi doh. Bentuk doh Bentuk doh bebola kecil. Kemudian masukkan sedikit bahan inti di dalamnya. Buat hingga habis adunan dan inti. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Apabila biskut masak, bubuh ia di dlaam cawan kertas kecil. Hias gula di atasnya. Untuk membuat gula hiasan, gaul semua bahan kecuali pewarna di dalam mangkuk hingga ia sebati. Bahagi adunan tiga bahagian. Sebahagian diwarnakan merah jambu, sebahagian hijau muda dan bakinya kuning air. Hias setiap biskut dengan gula hiasan tiga warna tadi.