Tumis Petai Berlada

Ramuan / Bahan

2 tahil lada yang sudah digiling lumat
1 genggam bawang merah
2 hiris halia
4 keping petai
Belacan sebesar jari 1 senduk minyak kelapa
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
5 sen asam jawa

Cara-cara

Petai dikupas sehingga kulit putihnya dan dipotong sehingga panjang-panjang dan halus. Lada, bawang dan halia digiling lumat semuanya ditumis hingga garing kemudian masukkan secawan kecil air. Kacau-kacau sehingga rata dan tutup. Kecilkan apinya sedikit bila pekat dan berminyak ramaskan asam dan belacan dengan setengah cawan air. Kemudian masukkan ke dalam rempah tadi. Masukkan gula, garam biarkan mendidih hingga likat dan berminyak. Kemudian masukkan petai tadi, balik-balikkan sekejap. Apabila pekat angkatlah.