Tauhu & Taugeh Masak Sambal

Ramuan / Bahan

4 ketul tauhu
Cili kering
bawang merah
bawang putih
air asam jawa
1 sudu cuka
garam
gula
serbuk perasa
1)tauhu digoreng dan di potong dadu atau dipotong dua.

2)Cili Kering,bawang merah & bawang putih di kisar .

Cara-cara

1)panaskan minyak
2)Tumiskan bahan yang dikisar hingga pecah minyak
3)kemudian masukkan air asam jawa, serbuk perasa , cuka, garam & gula
4)Apabila semua bahan tadi sedia masukkan
tauhu yang digoreng tadi.
5)Akhir sekali masukkan taugeh, kacau hingga rata dan masakkan diangkat . Jangan biarkan taugeh layu .