Tanggun

Ramuan / Bahan

400 gm udang kertas (buang kulit)
250 gm hati dan pedal ayam(direbus)-air jgn buang
100 gram udang kering (direndam)
3 keping tempe (digoreng garing)
4 keping tauhu (digoreng garing)
sayur fucuk (digoreng garing)
200 gm suhun (direndam )
100 gm sawi(dipotong kecil-kecil)
sos tiram
2 camca besar kicap masin
4 camca besar kicap manis
sedikit gula

Bahan-bahan dikisar :

100 gm cili kering
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit belacan

Cara-cara

Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.Apabila bahan telah naik minyak masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Kacau bahan dan biar sehingga 3 minit. Masukkan udang kertas, hati & pedal ayam, tempe, tauhu dan udang kering kacau hingga rata dan naik bau.Seterusnya masukkan daun sawi dan kacau lagi sehingga sebati. Apabila sawi telah layu masukkan sayur fucuk dan suhun, gaul hingga rata.Untuk menambahkan rasa, masukkan sedikit gula dan garam.Gaul sehingga bahan-bahan benar sebati tetapi jangan terlalu lama ( kerana ditakuti suhun menjadi lembek). Jika masakan jadi kering, masukkan air rebusan hati dan pedal tetapi jangan terlalu berkuah.Seeloknya ianya dimasak kering.