Biskut Raspberry Berkacang

Ramuan / Bahan

750 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
125 gm mentega
250 gm gula castor 1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50 gm jem raspberry
Kacang walnut (dicincang)

Cara-cara

Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang. Masukkan tepung dan serbuk penaik dan diuli hingga menjadi doh yang lembut. Canai sehingga selebar 10 x 12 inci. Sapukan dengan jem dan taburkan dengan walnut cincang. Gulung doh tadi dan sejukkan dalam peti sejuk. Setelah itu potong dan hiaskan dengan walnut.