Serunding Masri

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
2.5 cm lengkuas
10 biji cili kering
1 biji kelapa - setengah daripadanya dijadikan kerisik
4 batang serai
3 labu bawang merah 2 sudu besar minyak
1 sudu teh air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 helai daun kunyit (dikoyak-koyak)

Cara-cara

Potong daging 3 cm x 3 cm dan setebal 2.5 cm. Rebus hingga empuk. Toskan. Apabila sejuk, siat-siatkan isinya. Tumbuk atau mesin cili, bawang merah dan lengkuas. Tumbuk kerisik hingga separuh halus, jangan sampai lumat. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan ramuan cili dan daging yang disiat dan kacau selama 5 minit. Masukkan kerisik, serai yang dititik dan kacau lagi selama 10 minit. Masukkan santan, air asam jawa dan daun kunyit. Kacau selalu. Masukkan gula dasn garam. Masak hingga daging kering dan berderai.