Serunding Kelapa

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa parut
5 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sehiris lengkuas
1 batang serai 10 gm halia
15 gm serbuk ketumbar
20 gm udang kering
4 sudu air asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan halia.

Tumis dan masukkan udang kering, serbuk ketumbar dan air asam jawa.

Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Angkat bila kelapa agak garing.