Serondeng Kelapa Maharani

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa parut, ambil putihnya sahaja
4 helai daun kunyit, dimayang
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili hijau 100 gm udang kering
15 biji bawang merah
2 camca teh lada sulah
Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Giling udang kering, bawang merah dan lada sulah.

Kemudian gaul bahan giling bersama kelapa parut. Jerang dan kacau selalu. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.

Apabila separuh kering, masukkan daun kunyit, cili hijau dan cili merah yang telah dimayang.

Kacau lagi hingga kering.