Serondeng Kelapa

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa, ambil putihnya sahaja
5 sudu besar serbuk kunyit
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
5 batang serai 100 gm udang kering, direndam
2 camca sedang garam
2 camca sedang gula
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Kisar cili kering, bawang merah, serai dan udang kering.

Gaul bahan kisar bersama kelapa hingga rata. Masukkan ke dalam kuali dan jerang.

Masukkan garam, kunyit, gula, dan serbuk perasa. Masak hingga kering.