Serondeng Jambi

Ramuan / Bahan

500 gm udang kering, dikisar
10 biji bawang merah, dibuat bawang goreng
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 cm belacan Sekepal asam jawa
5 ulas bawang putih
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan cili kering yang digoreng.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar kecuali udang kering hingga wangi. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

Kemudian masukkan udang kering dan dikacau hingga garing dan kering.

Akhir sekali, masukkan bawang goreng. Kacau rata.