Serondeng Ikan Kembung

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan kembung, direbus dan dibuang tulang, dikisar halus
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 batang serai 2 cm lengkuas
2 cawan pati santan, daripada sebiji kelapa
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi.

Masukkan santan dan ikan rebus kisar. Kacau rata. Masak hingga kering baru diangkat.