Serondeng Dahlia

Ramuan / Bahan

800 gm dal, direndam dan dikisar halus
400 gm dal, direbus sebentar
15 tangkai cili merah
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai 2 cm lengkuas
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng

Cara-cara

Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. Biar mendidih.

Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi.

Masukkan dal kisar. Kacau rata.

Apabila mendidih, masukkan dal separuh rebus. Biar hingga masak.

Akhir sekali masukkan bawang goreng. Kacau rata.