Sambal Udang dan Tempe

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menggoreng dan menumis
300 gm udang sedang (dibersihkan)
4 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping tempe (dihiris & digoreng)
Cuka dan garam secukup rasa Bahan-bahan ditumbuk halus:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1 batang serai
1 cm lengkuas

Cara-cara

Goreng udang dan ketepikan. Tumis Bahan-bahan tumbuk di dalam kuali. Masukkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Biar garing. Masukkan udang dan tempe. Rasa cuka dan garamnya. Angkat dan hidang bersama nasi.