Biskut Nanas Berkelapa

Ramuan / Bahan

1 cawan gula perang
½ cawan mentega tanpa garam
2 biji telur ayam
¼ camca teh esen badam
¾ cawan kelapa kering ¼ cawan badam hiris
1 kaleng nanas, dibuang sirapnya dan dicincang
¾ cawan tepung serba guna - diayak bersama
¾ cawan teh serbuk penaik - diayak bersama
½ camca teh garam - diayak bersama

Cara-cara

Pukul gula bersama mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen badam. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama, kelapa kering, badam dan nanas. Gaul sebati. Tuang adunan hingga padat ke dalam dulang bakar berukuran 22.8 cm yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar adunan 25-30 minit pada suhu 170'C. Sejukkan sebentar baru dipotong mengikut cita rasa sendiri.