Sambal Tumis Kerang

Ramuan / Bahan

1.2 kg kerang
2 senduk cili giling ]
20 ulas bawang merah ] digiling
4 ulas bawang putih ]
1 batang serai - diketuk-ketuk 10 sen asam jawa
2 sudu makan gula
Sedikit belacan
2 senduk minyak kelapa
Garam dan ajinomoto

Cara-cara

Kerang dibersihkan dan direbus. Kemudian ambil isinya. Panaskan kuali dan tumis cili giling dan bawang. Bila garing masukkan pula kerang, serai, gula, garam dan ajinomoto. Setelah berminyak-minyak masukkan pula asam jawa dan belacan yang dibancuh dengan 1/2 cawan air. Gorenglah hingga likat. Angkat dan hidangkan.