Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

200 gm ikan bilis kupas
500 gm ubi kayu
7 ulas bawang putih (dikisar)
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris) 10 gm belacan
1 cawan air asam jawa
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam

Cara-cara

Kupaskan kulit ubi kayu dan dipotong kecil memanjang. Kemudian gorengkan ikan bilis dan ubi kayu hingga garing.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan belacan hingga naik baunya.

Kemudian masukkan lada kering yang telah dikisar dan kacau hingga keluar minyak.

Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.

Setelah itu masukkan ikan bilis, bawang dan ubi kayu. Kacau seketika hingga sebati. Hidangkan