Sambal Tumis Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

Ikan bilis
cili kering (dikisar)
sedikit cili boh
bawang merah (dikisar)
bawang putih (dikisar)
bawang bombay dihiris bulat (bentuk ring)
sedikit belacan dan asam jawa (disatukan dlm mangkuk, dimasukkan air sedikit)
minyak utk menumis
perasa
gula
garam

Cara-cara

1. Gorengkan ikan bilis hingga rangup dan ketepikan.

2. tumis cili kering yang dikisar, cili boh, bawang merah dan putih serta bawang bombay hingga naik bau...

3. masukkan air asam jawa dan belacan.

4. masukkan perasa, gula dan garam

5. akhir sekali padamkan api dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng awal tadi.

6. Hidangkan panas2 dengan nasi putih.