Sambal Tumis Family

Ramuan / Bahan

Segenggam ikan bilis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sekeping/Dua asam keping
1 biji cili merah
10 biji cili padi
Minyak untuk menumis
Garam
Sedikit gula

Cara-cara

Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih & belacan dikisar.

Tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar itu dan masukkan ikan bilis & asam keping.

Bubuh secukup rasa garam & masukkan secubit gula bagi yang tak nak pedas sgt.

Biar sehingga bahan2 tersebut naik minyak dan angkat.