Sambal Tomato Special

Ramuan / Bahan

20 Biji Cili Api
5 Biji Cili Merah
Segenggam ikan bilis (kalau suka boleh tambah)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan
3 Biji Tomato
Sedikit garam Garam
2 sudu gula
Minyak untuk meggoreng

Cara-cara

Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.Kemudian goreng cili api, cili merah, ikan bilis, bawang merah, bawang putih,tomato dan belacan. Gorenglah selama 5-10 minit. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng bersama ikan bilis. Tambahkan sedikit garam dan gula. Masukkannya ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.