Sambal Tomato Ranau

Ramuan / Bahan

5 biji tomato (yang sudah Merah)
5-6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
ΒΌ belacan
Sedikit air asam jawa
Sedikit Minyak Masak
Garam secukup rasa
Perisa

Cara-cara

Tomato digoreng dengan minyak sehingga kulit tomato mengelupas (Tomato jangan dipotong. Angkat dan kupaskan kulit tomato. Tumbuk tomato bersama bawang putih , bawang merah, cili padi dan belacan.

Goreng kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk dengan minyak yang sedikit. Setelah agak kering campurkan dengan air asam jawa. Tambahkan dengan garam dan perisa.
Masak sehingga sambal kelihatan pekat.