Biskut Mario

Ramuan / Bahan

220 gm tepung gandum
2 camca besar tepung jagung
2 camca besar tepung kastard
80 gm gula halus
2 biji kuning telur, dipukul
150 gm mentega, dicairkan
1 camca teh esen vanila 1 camca teh strawberi Emulco
1 camca teh pewarna merah
1 biji putih telur, dipukul sedikit
1 biji putih telur - aising royal
5-6 titik perahan limau nipis - aising royal
250 gm gula aising - aising royal

Cara-cara

Ayak tepung bersama tepung jagung dan kastard. Masukkan gula halus dan kacau rata. Masukkan kuning telur dan mentega cair. Gaul rata hingga menjadi doh. Bahagikan adunan tiga bahagian. Sebahagian adunan dimasukkan esen vanila. Uli hingga sebati. Bentukkan doh memanjang seperti sosej lebar, 1 cm. Kemudian potong adunan panjang 1 1/2 cm setiap satu. Ketepikan. Dua bahagian adunan lagi disatukan dan diuli bersama strawberi Emulco dan pewarna merah hingga rata. Bentukkan adunan bujur telur dan potong dua. Celupkan doh yang dipotong memanjang 1 1/2 cm ke dalam putih telur dan lekatkannya pada adunan bujur telur seperti batang cendawan. Bakar 25-30 minit pada suhu 180'C. Apabila biskut masak biar ia sejuk baru dipicit bintik-bintik gula aising pada bahagian bujur telur. Simpan di dalam bekas kedap udara. Untuk membuat aising royal, pastikan mangkuk dan pemutar dibilas dengan air panas supaya bekas tidak berminyak. Satukan putih telur bersama perahan limau. Kacau rata. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar rata. Apabila elok kentalnya, masukkan ke dalam beg paiping berlubang kecil. Picit aising royal di atas badan cendawan.