Sambal Terung Bakar

Ramuan / Bahan

1 biji terung panjang
3 biji cili merah
Sedikit belacan bakar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Layurkan terung di atas api sehingga terung menjadi lembik. Ketepikan.Tumbuk cili merah dan belacan bakar. Masukkan terung yang telah dibakar kedalam sambal dan lecekkan. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.