Sambal Tempoyak Udang Petai

Ramuan / Bahan

1 mangkuk tempoyak
1 mangkuk udang basah
1 mangkuk santan
1 mangkuk air
Semangkuk isi petai 20 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
5 helai daun kunyit - dihiris
Sebiji bawang besar di hiris (jika suka)
Sedikit garam

Cara-cara

1. Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama tempoyak, santan dan air.
3. Masakkan hingga mendidih. Kacau sentiasa.
4. Masukkan udang, petai dan bawang.
5. Masukkan garam dan masak hingga agak pekat.