Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

100 gm ikan bilis
2 batang serai (di titik)
5 camca tempoyak
Sedikit air 7 biji cili api (di tumbuk halus)
2 biji cili merah (ditumbuk halus)
½ inci kunyit hidup(di tumbuk halus)
Garam (secukup rasa)

Cara-cara

Pijarkan 3 camca minyak, masukan bahan yang di tumbuk halus dan serai.

Setelah separuh garing masukkan tempoyak dan ikan bilis, lalu di gaul sebati. Kiranya pekat,masukkan sedikit air.

Masukkan garam secukup rasa. Andainya ingin sedikit kemanisan bolehlah di tambah gula.