Sambal tempoyak goreng

Ramuan / Bahan

5 sudu besar tempoyak
segenggam ikan bilis
sedikit air
sedikit minyak utk menggoreng bahan kisar/tumbuk:
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
cili padi (ikut rasa)

Cara-cara

goreng ikan bilis sehingga garing angkat dan toskan.
tumis bahan kisar sehingga naik bau.
bancuh tempoyak dgn sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan.
setelah air agak kering, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
kacau hingga sebati, angkat dan hidangkan.enak dimakan bersama nasi putih.