Biskut Landasan Kereta Api

Ramuan / Bahan

150gm gula halus
226 gm mentega tanpa garam
3 biji telur
½ camca teh vanila
1 camca teh parutan kulit limau
500 gm tepung serba guna Sedikit jem raspberi
¼ cawan gula halus
2 biji putih telur
1 cawan badam, dikisar halus
½ cawan pistacio, dicincang halus

Cara-cara

Pukul gula bersama mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, vanila dan parutan kulit limauu berselang-seli dengan tepung. Gaul hingga sebati. Canai adunan setebal 1.25 cm dan potong menjadi jalur-jalur panjang kira-kira 30 cm panjang dan lebar 7.5 cm. Sapu jem raspberi rata-rata pada permukaan adunan. Ketepikan. Sementara itu pukul gula bersama putih telur hingga kembang. Masukkan badam. Gaul hingga sebati. Masukkan adunan putih telur ke dalam kelongsong kertas dan paip pada kiri dan kanan permukaan adunan berjem raspberi. Bakar adunan 15 minit pada suhu 180'C atau hingga kuning. Apabila biskut masak keluarkannya dan tabur sedikit kacang pistacio pada permukaan biskut dan potong mengikut ukuran yang dikehendaki. Sejukkan sebelum disimpan.