Sambal Telur Pucuk Ubi Rebus

Ramuan / Bahan

telur 5 biji
belimbing buluh 20 biji
cili api 20 biji
sedikit belacan
garam
gula
pucuk ubi

Cara-cara

telur dan pucuk ubi direbus.
tumbukkan cili api hingga lumat kemudian masukan belacan,gula dan garam secukup rasa.hiriskan belimbing buluh dan tumbukkan bersama cili(tak perlu hancur).
masukan pula telur yang telah direbus tadi bersama bahan diatas ditumbuk juga tidak perlu hancur.