Sambal Taun Jering dan Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

5 biji jering - dihiris
1 genggam ikan bilis
Sedikit air asam jawa
Bahan tumbuk:
11 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara

Tumiskan bahan yang telah ditumbuk halus hingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan juga hirisan jering. Biarkan seketika. Masukkan pula air asam jawa dan sedikit garam dan gula secukup rasa. Masak dan kacau sehingga sambal kelihatan agak kering.