Sambal Taucu

Ramuan / Bahan

600 gm udang hidup (dibuang kulit)
15 biji cili kering ]
10 ulas bawang merah ] digiling
1 labu bawang putih ]
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
4 sudu besar taucu 1 ikat suhun
1 keping tahu kering
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula
Sedikit garam

Cara-cara

Suhun dan tauhu kering dikerat pendek dan digoreng. Panaskan minyak tumis bawang besar sampai kuning.

Masukkan bahan-bahan giling. Masukkan taucu dan udang serta tuangkan air asam kacau rata-rata.

Bila mendidih masukkan gula, suhun dan tauhu kering.