Sambal Tahun

Ramuan / Bahan

500g isi kerang
8 ulas bawang merah
5ulas bawang putih
500g lengkuas dihiris nipis
sedikit bilis atau udang kering
500g cili padi
Santan pekat dari 2 biji kelapa
Garam
Gula
Sedikit air asam jawa

Cara-cara

Kisar bawang merah, putih dan udang kering atau bilis hingga lumat.

Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan lengkuas dan cili padi. Cili padi dibiarkan sebiji-sebiji.
Biarkan seketika agar lengkuas lembut sedikit. Jika kering masukkan sedikit air atau santan cair.

Bila lengkuas masak, masukan kerang dan santan. Masukkan air asam jawa.

Rasa asam garamnya.