Sambal Sunda

Ramuan / Bahan

100 gm Ikan Bilis Belah
Minyak Masak 5 biji lada merah (dibuang biji)
2 ulas bawang merah
8 ulas cili padi
2 biji limau kasturi
1" Belacan
Gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga ranggup kemudian di ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama goreng cili merah,bawang merah, cili padi dan belacan. Angkat bahan-bahan tadi dan ditoskan. Tumbuk kesemua bahan-bahan digoreng tadi termasuk dengan ikan bilis. Kemudian perah limau kasturi dan letakkan gula secukup rasa.