Biskut Ladam Kuda

Ramuan / Bahan

120 gm gula halus
240 gm mentega tanpa garam, dibiarkan pada suhu bilik
330 gm tepung serba guna 60 gm kacang hazel, dikisar halus
60 gm badam, dikisar halus
Gula aising untuk digolek

Cara-cara

Pukul gula dan mentega sampai kembang. Gaulkan tepung dan kacang hazel serta badam hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan dibentuk sebiji bola lalu digentel memanjang dan dibengkokkan sedikit menjadi seperti ladam kuda. Bakar 10-15 minit pada suhu 160'C. Setelah biskut masak, golek pada gula aising dan sejukkan.