Sambal Sotong

Ramuan / Bahan

1 ekor sotong kurita (basah)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (mayang halus)
2 biji bawang merah/kecil (dimayang halus)
ΒΌ cawan air asam jawa
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar kasar.
Garam & gula secukup rasa Bahan-Bahan Dikisar:-

5 biji bawang merah/kecil
3 biji bawang putih
30 batang cili kering
sedikit belacan

Cara-cara

1. Bersihkan sotong tersebut dan toskan.

2. Panaskan minyak. Tumiskan dahulu bahan-bahan yang telah dimayang halus tadi sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar.

3. Pastikan ianya dikacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sotong dan kacau semula.

4. Apabila agak sebati, masukkan pula air asam jawa, gula, garam secukup rasa & bawang besar (dipotong bulat).

5. Akhir sekali masukkan kacang goreng yang telah dikisar kasar ke dalam sambal sotong tadi.