Sambal Rampai Tempe

Ramuan / Bahan

5 keping tempe (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 peket kecil suhun (direndam)
2 peket kecil tauhu kering (direndam) 1 labu bawang besar (dihiris)
10 tangkai cili kering (dikisar)
Sedikit garam

Cara-cara

Goreng tempe dan kentang sehingga garing. Tumiskan cili kering dan bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan tempe dan kentang tadi. Kacau rata. Akhir sekali masukkan suhun, tauhu kering dan garam. Kacau sekali lagi. Apabila sudah mesra bolehlah dihidangkan.