SAMBAL PUTIH PAUH

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan kembung
air secukupnya }
secubit garam }utk merebus ikan
sedikit lengkuas }
3 asam keping }
semangkuk anak ikan tamban kering 2 biji buah mangga muda
5 biji cili api
2 biji cili hidup

Cara-cara

Ikan kembung direbus bersama air, garam, lengkuas dan asam keping, setelah masak buang tulang ikan lalu di goreng sampai kering dan dibiarkan sejuk sebentar.

Anak ikan tamban kering pula di goreng, biar sejuk sebentar.

Buah mangga di sagat halus.

Kesemua bahan-bahan tadi dicampur dan ditumbuk sehingga sebati.