Biskut Kelopak Dwi Warna

Ramuan / Bahan

100 gm gula aising
150 gm mentega
3 biji telur rebus (diambil kuningnya dan dilecek hancur)
1 sudu teh esen vanila
50 gm tepung jagung
130 gm tepung gandum 30 gm serbuk badam
1 sudu teh pes mocca
Sedikit pewarna kuning telur (sebagai hiasan)
Sedikit badam (sebagai hiasan)
Sedikit manik gula (sebagai hiasan)

Cara-cara

Putar gula, mentega dan telur rebus sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan serbuk badam.

Masukkan kedua-dua tepung dan gaul sehingga rata. Bahagikan adunan , satu pertiga diwarnakan dengan pes mocca sementara dua pertiga lagi pewarna kuning telur.

Gunakan acuan dahlia dan picitkan adunan kuning dahulu dan kemudian warna coklat melekat pada yang kuning. Hias dan bakar sehingga kekuningan.