Sambal Petai vs Tempoyak

Ramuan / Bahan

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
200 gram cili api
( bahan di atas hendaklah ditumbuk )
3 papan petai / lebih ( dibuang kulit )
ikan bilis ( digoreng garing & diketepikan )
2 sudu besar tempoyak
garam & perasa secukupnya

Cara-cara

tumis bahan - bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan garam & bahan perasa secukupnya sehingga naik bau.
masukkan tempoyak dan sedikit air, kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan petai & ikan bilis. kacau sekejap dan terus dihidangkan.